Dalam budaya masyhur Yuna (penyanyi)

Yuna merakamkan semula lagu "Here Comes The Sun" oleh The Beatles untuk filem 2012, Savages. Lagu ini dimuatkan semasa kredit terakhir. "Tourist" telah dimuatkan sebagai sebahagian daripada runut bunyi dalam pusingan 1 daripada siri TV Amerika Syarikat, Arrow.[59] Lagunya "Favourite Thing" dimuatka dalam siri TV Amerika, Pretty Little Liars. Beliau telah muncul dalam versi Malaysia iklan KakaoTalk, yang dikeluarkan dalam bahasa Melayu, Inggeris, dan Cina. Beliau juga merakamkan lagu yang dengan kerjasama Adam Young dari Owl City bertajuk "Shine Your Way" untuk runut bunyi filem animasi The Croods. Filem ini dikeluarkan oleh DreamWorks Animation pada Mac 2013. Versi remix lagu beliau "Live Your Life" oleh Melo-X muncul di stesen radio dalam permainan WorldWide FM dalam permainan video Grand Theft Auto V. Satu lagi lagu Yuna "Lullabies" juga dimuatkan dalam episod kedua puluh dua, finale musim kelima dan juga finale siri daripada 90210, "reboot" kepada "Beverly Hills, 90210". Bukan itu sahaja, lagu ini juga digunakan dalam Being Mary Jane. Lagu beliau dari album Nocturnal "Lights and Camera" dimuatkan di episod musim ketiga rancangan realiti AS Love & Hip Hop: Atlanta. "Lights and Camera" juga digunakan sebagai salah satu runut bunyi dari Beyond the Lights. Terdapat juga versi adunan semula "Lights and Camera" yang telah dikeluarkan pada 17 November 2014, menampilkan kolaborasi Yuna bersama rapper Amerika Syarikat, G-Eazy. Versi "A Whole New World" dari filem Disney, Aladdin, dimuatkan dalam Edisi Deluxe untuk album kompilasi We Love Disney.[60]

Rujukan

WikiPedia: Yuna (penyanyi) http://www.billboard.biz/bbbiz/industry/record-lab... http://eng.mynewshub.cc/2015/03/17/8-most-educated... http://www.allmusic.com/artist/yuna-zarai-p2313187 http://www.astroawani.com/berita-hiburan/dah-80-pe... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kl-world-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kreativit... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/yuna-dan-... http://www.billboard.com/articles/events/year-in-m... http://www.billboard.com/artist/431716/yuna/chart http://iamjetfuelshop.blogspot.com